Zairi Zaidi Zairi Zaidi & Perniagaan Internet

30Jan/102

FuhyooFM… Sebut Betul-Betul…

FuhyooFM

Kali ni saya nak bercerita mengenai satu radio online Malaysia yang pertama iaitu FuhyooFM (sebut betul-betul… Fuhyoo bukan puyuh). Siaran radio ini hanya boleh didapati menggunakan internet sahaja. Lihatlah, betapa berkembangnya dunia internet sekarang ni. Sampaikan radio yang yang hanya menggunakan talian internet pun dah ada kat Malaysia. Tak tahu apa pula lepas ni yang hanya menggunakan internet sebagai mediumnya.

Saya dapat tahu mengenai radio online ini daripada saudara SmartZul dan juga Rohaizad yang sentiasa menghebohkan-hebohkan mengenainya sewaktu di awal pnubuhan radio online ini. Kali pertama saya mendengarnya pula adalah pada malam tahun baru 2010 dengan kehadiran beberapa Internet Marketer dan juga blogger-blogger tempatan. Sungguh seronok rasanya pada masa tu dapat mengenal nama-nama blogger tempatan dan kisah-kisah mereka. Sempat juga saya membuat permintaan lagu dan juga menyampaikan ucapan tahun baru menerusi siarannya pada masa tu.

Baiklah, apa sebenarnya FuhyooFM ni?
Seperti yang saya katakan di atas, FuhyooFM merupakan radio online Malaysia yang pertama di mana siarannya hanya boleh didapati melalui internet. Ia merupakan satu produk milik  Fitrah Media Enterprise, sebuah syarikat yang mengendalikan kursus dan khidmat nasihat untuk program kokurikulum Kelab Media dan Radio Sekolah. Ini merupakan satu program kokurikulum yang bertujuan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dan menengah kebangsan di samping meningkatkan modal insan pelajar dalam bidang pendidikan. Melaui program ini pelajar didedahkan kepada bidang penyiaran dan sebab itulah DJ-Djnya turut terdiri daripada golongan remaja.

Ini merupakan wajah-wajah DJ radio FuhyooFM yang hensem-hensem dan lawa-lawa.

Dj FuhyooFM

Seperti yang saya katakan, mereka juga terdiri daripada golongan-golongan remaja yang sudah mula berjinak-jinak dalam dunia penyiaran pendidikan. Hebat betul mereka ni.

Baiklah, habis cerita mengenai FuhyooFM dan DJ-Djnya.  Sekarang saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana caranya untuk mendengar siaran radio ini. Apa yang penting adalah sambungan talian internet. Tanpa talian internet anda tidak dapat mendengar radio ini. Terdapat beberapa cara untuk mendengar siaran radio ini. Saya akan terangkan antara cara yang saya gunakan.

1. Melalui laman web FuhyooFM.
Layari laman web FuhyooFM di http://www.fuhyoofm.com .

Sekiranya anda dapat melihat player FuhyooFM, kilk button play untuk mendengar. Manakala jika anda tidak dapat melihat playernya, anda perlu install plugin Windows Media Player di browser anda. Untuk install plugin Firefox, KLIK DI SINI.

2. Memasang toolbar Fuhyo FM
Klik button Free Download di bawah untuk install toolbar tersebut.

Setelah itu, klik pada Install Now untuk install toobar tersebut. Selepas installation berjaya, restart browser anda dan anda kini sudah dapat lihat toolbar FuhyooFM pada bahagian atas browser anda.

Berikut pula merupakan toolbar FuhyooFM. Klik pada button play untuk mendengar siaran radio tersebut. Selain tu, anda juga boleh menggunakan toolbar ni untuk berchating dengan pendengar-pendengar lain. Jangan lupa explore fungsi-fungsi yang pada pada toolbar ni ya.

3. Mendengar di blog
Anda juga boleh mendengar siaran radio ini di mana-mana blog yang mempunyai player FuhyooFM. Anda juga boleh memasang player tersebut di blog anda sendiri. Hanya perlu copy dan paste sahaja code di bawah pada mana-mana bahagian blog anda terutama bahagian sidebar.

<object classid="clsid:6bf52a52-394a-11d3-b153-00c04f79faa6" width="300" height="150" codebase="http://activex.microsoft.com/activex/controls/mplayer/en/nsmp2inf.cab#Version=5,1,52,701"><param name="stretchtofit" value="true" /><param name="url" value="http://174.120.183.111:8000" /><param name="src" value="http://174.120.183.111:8000" /><embed type="application/x-mplayer2" width="450" height="150" src="http://174.120.183.111:8000" url="http://174.120.183.111:8000" stretchtofit="true"></embed></object>

Playernya nanti akan kelihatan sepertimana di bahagian sidebar blog saya ni.

4.Mendengar di Windows Media Player
Ini merupakan cara kegemaran saya. Disebabkan saya selalu mendengar lagu-lagu kegemaran saya menggunakan Windows Media Player, maka saya lebih suka mendengar radio ini menggunakan perisian ini  sahaja.
Apa yang anda lakukan adalah kilik pada File > Open URL … dan masukkan URL ini http://174.120.183.111:8000 dan klik OK.

Nampaknya lepas ni sambil buat kerja-kerja online dapatla juga hiburkan hiburkan hati anda dengan lagu-lagu di FuhyooFM.  Jangan sampai hilang fokus sudahlah…

Siaran yang paling saya minat dekat FuhyooFM ialah Dunia IE di mana kita dapat mendengar suara-suara para bloggers tempatan berkongsi ilmu dan perbicangan mengenai dunia keusahawan internet. Anda boleh mendengar siaran ini pada hari Khamis jam 12.00 tengah hari dan juga ulangannya pada hari Rabu jam 2.00 petang.

Saya harap radio FuhyooFM dapat mencapai matlamatnya sebagai sebuah radio online Malaysia yang pertama. Dan diharap anda semua juga sentiasa menyokong radio ini sehingga mereka mampu memberikan yang terbaik kepada kita semua.

So, apa pendapat anda?

13Dec/098

Autoresponder Percuma? Katakan Tidak!

say-no

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pemasaran email merupakan salah satu cara terbaik bagi menjalankan pemasaran dan perniagaan internet. Namun,ada yang tidak tahu membuat keputusan sama ada menggunakan autoresponder berbayar atau percuma, termasuk saya sendiri. Hari ni, saya nak berkongsi pengalaman menggunakan autoresponder percuma dan penyesalam yang dialami.

Pada mulanya, saya berpendapat bahawa, kalau guna autoresponder percuma mula-mula ni takpe kot… Nanti list dah besar, baru langgan yang berbayar.Sebab itulah saya menggunakan skrip autoresponder percuma dan dipasang pada hosting. Saya telah memasang autoresponder yang saya fikir adalah yang terbaik. Namun, suatu masalah telah berlaku. Mula-mula email yang dihantar okay je masuk ke inbox subscriber. Setelah beberapa berlalu, barulah saya sedar bahawa email yang saya hantar memasuki kotak spam. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan server hosting yang saya pakai. Sebenarnya skrip percuma tersebut amat sesuai dipasang pada VPS atau dedicated server. Barulah tidak membawa masalah.

Setelah itu, saya mula membuat keputusan untuk melanngan autoresponder berbayar. Saya pun import semua list saya ke autoresponder baru. Namun, masalah mula timbul. Bukan semua list saya subscribe semula mailing list saya.

Pengajaran yang boleh saya pelajari di sini ialah, kalau betul-betul serius nak kumpul list, baik terus guna autoresponder berbayar. Masalah mungkin berlaku pada kita terutamanya list yang telah kita kumpul selama ini.

Kalau anda tak mampu langgan autoresponder Getresponse atau Aweber, cukuplah sekadar melanggan autoresponder lebih murah seperti Norabots. Namun, jika anda berpendapat menggunakan autoresponder percuma pada permulaan lebih baik, teruskanlah. Mungkin anda mempunyai alas an-alasan tertentu. Tapi, jika benar-benar serius dalam mengumpul list, adalah lebih baik guna yang berbayar. Jangan ulangi kesilapan yang telah saya lakukan.

23Aug/094

Ebook 50 Kata-Kata Tokoh Berpengaruh

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ni saya nak kongsi dengan anda tentang satu ebook yang bertajuk “50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh dan Cerita Di Sebaliknya”. Eb0ok yang setebal 140 muka surat ini penuh dengan ilmu dan motivasi dalam perjuangan Islam. Kata-kata pertama sudah mampu menaikkan semangat
saya.

Setiap kata-kata pemimpin ini dihurai dengan bahasa yang mudah difahami. Selain itu, setiap kata-kata tersebut diakhiri dengan pengajarannya yang tersendiri. Jadi, kita dengan mudah dapat memahami setiap nasihat yang ingin disampaikan.

Ebook banyak menceritakan mengenai pejuang-pejuang Islam yang berani dan sanggup mempertahankan Islam. Ebook ini bukan sahaja sesuai untuk kaum lelaki malah sesuai juga dibaca oleh golongan wanita. Terdapat juga kisah perjuangan kaum wanita dalam memperjuangkan Islam yang diceritakan dalam ebook ini.

Ebook ini berharga RM20.00 dan setebal 140 muka surat.

KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA

Diharap ebook ini dapat memberi motivasi kepada anda dalam memperjuangkan hidup anda sebagai seorang muslim.

Sekian, terima kasih.

1Mar/0913

Forum Strategi Blog <— Forum Informasi Untuk Blogger

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selaras dengan lahirnya produk Strategi Blog oleh saudara Mohd Yazid Bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai yazidyahaya maka lahirlah forum Strategi Blog. Forum ini bukan sahaja dibuka untuk pembeli Strategi Blog, malahan ia juga dibuka untuk umum.

Forum ini sebenarnya membincangkan isu-isu buat duit online terutama melalui blog. Bagi mereka yang sedang tercari-cari peluang mencari cara buat duit terbaik di internet, baiklah sertai forum ini.

Saya telahpun menyertai forum dan cuba membuka thread baru bagi memeriahakan lagi forum. Marilah kita sama-sama memeriahkannya.

Diharap anda juga sudi menyertainya. Banyak ilmu yang bakal kita perolehi. Sertainnya di http://strategiblog.com

Selain itu, forum juga salah satu medium untuk kita memasarkan atau menarik trafik ke laman blog kita. Caranya? MUdah saja. Hanya letakkan link signature di forum tertentu.

Bagi anda yang telah menyertai forum ini, diharap dapat memberi komen di bawah ini.

12Feb/094

Valentine Day

Assalamualaikum & salam sejahtera

Ya, kalau masuk bukan Februari ni, mesti abang-abang akak-akak yang sedang hangat bercinta ingat akan tairkh 14 Februari kan?

Saya ada terima mesej kat YM pasal benda ni. Di bawah ni adalah mesejnya:

VALENTINE mengikut sjrh dtg dri zaman pemerintah ratu isabella di sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama pederi besar kristian Saint Valentine,beliau amat disayangi oleh ratu isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan islam di cordava,sepanyol pada 14 feb(tarikh hari valentine) 270 masihi. kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu isabella olh itu, 14 feb disambut setiap thun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. oleh itu,jikalau anda(umat islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpasan kerajaan islam di cordava.. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH... habis kan 15 minit untk menyebarkan perkara ini atau guna lah 15 minit ini dengan berpeluk tubuh..

So, renungkanlah wahai Saudaraku…

2Dec/085

Blog Percuma atau Blog Berbayar?

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sebagaimana yang kita tahu terdapat penyedia perkhidmatan blog yang percuma ataupun yang berbayar, iaitu blog yang dihostkan di hosting sendiri. Persoalannya, antara blog percuma dan blog berbayar, yang manakah paling bagus?

Pada pendapat saya, blog sama ada percuma mahupun berabar mempunyai kekuatan masing-masing. Yang paling penting adalah content blog tersebut. Tidak ada gunnya jika blog kita blog berbayar tetapi kandungan yang tidak memuaslan hati pembaca. Dan jika kita menggunakan blog percuma sekali pun, kalau kita pandai menarik hati pembaca untuk terus membaca blog kita apa salahnya.

Oleh itu, kandungan sesuatu blog adalah aset penting dalam berjaya sesuautu blog.

Dan pada pendapat anda, antara blog percuma dan berbayar yang manakah bagus?

1Dec/087

Blogger vs Wordpress

Assalamualaikum & salam sejahtera

Wa... Dunia blog semakin hari semakin maju... Ramai orang mula berblog. Seperti mana yang kita tahu, terdapat banyak penyedia blog di dunia Internet ni. Antaranya ialah Blogger.com dan Wordpress. Wordpress pula ada yang percuma di wordpress.com dan yang untuk dipasang di server web sendiri di wordpress.org.

Hari ni saya nak minta pendapat anda semua, bagi anda anda lebih suka blogger.com atau self-hosted wordpress?

Bagi saya kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing. Ia bergantung kepada kita. Jika kita mampu menulis dengan baik dan menarik hati pembaca untuk terus berkunjung ke blog kita, apa jenis penyedia blog pun kita boleh guna.

Okay, saya harap anda sudi memberi pendapat anda tentang post saya kali ni.