Tentang Saya

Assalamualaikum & salam sejahtera
Nama saya Ahmad Zairi bin Zaidi. Saya dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Julai 1992. Kini saya tinggal di Kota Bharu, Kelantan.
Saya mula mengenali perniagaan dan pemasaran internet sejak tahun 2007 lagi, iaitu sewaktu saya berusia 15 tahun. Pada masa tu, saya menerima satu email mengenai beberapa produk yang menceritakan mengenai buat duit di internet. Dipendekkan cerita, saya membeli salah satu ebook tersebut dan ia disertakan dengan lesen hak jualan semula. Maka dengan itu, mulalah saya penglibatan saya dalam perniagaan internet dengan menjual ebook.
Saya telah belajar pelbagai perkara mengenai perniagaan dan pemasaran internet ini dan pembelajaran saya masih belum terhenti. Saya akan terus berusaha mencari ilmu untuk merealisasikan impian saya untuk menjadi jutawan internet. Semoga impian saya ini menjadi kenyataan. Doakan agar saya berjaya.

















