Dr Zairi Zaidi
Mari Kita Hidup Dengan Lebih Bermakna
Ini Cerita Saya

Saya Zairi. Asalnya dilahirkan normal sama macam kebanyakan orang. Namun, pada umur umur 6 tahun, telah berlakunya perkara yang mengubah kehidupan saya buat selamanya. Mata saya disahkan dijangkiti kuman. Akibatnya, saya kehilangan sebahagian besar keupayaan untuk melihat. Penglihatan saya jadi terhad dan menyukarkan saya untuk jalani kehidupan macam orang lain.
Dari situ bermulalah kehidupan saya sebagai seorang OKU Penglihatan. Berbekalkan keupayaan yang berbaki dan semangat untuk mencapai impian dan cita-cita, saya meneruskan perjalan hidup. Dari sinilah saya pelajari bahawa, untuk kita mencapai kejayaan, kekuatan dalaman adalah penting penting untuk kita atasi sebarang cabaran hidup. Sebab itulah saya muncul di media sosial bagi mengingatkan kita semua. Secara fizikal, saya nampak seperti insan lain. Namun, hakikatnya, saya mempunyai cabaran penglihatan.
Di Sini Lahirnya Sebuah Cita
Semenjak kanak-kanak lagi, saya sangat menekankan kejayaan dalam akademik. Bagi saya ketika itu, kejayaan dalam akademik adalah tiket untuk kejayaan yang lebih besar.
Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah dari Maktab Sultan Ismail, saya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang matematik gunaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Di sinilah bermulanya perjalanan akademik saya di peringkat pengajian tinggi . Walaupun pelbagai cabaran ditempuhi sebagai pelajar OKU Penglihatan, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan Bachelor’s of Science in Management Mathematics.

Singgah Sebentar Di Bumi Ratu

Telah menjadi impian saya sejak dibangku sekolah lagi untuk merasai pengalaman belajar di luar negara. Walaupun saya sedari cabaran yang akan ditempuhi jika saya berada di luar negara sebagai OKU, saya tetap kuatkan semangat untuk mencuba dan merasai pengalaman yang dirasai oleh orang lain.
Saya terbang ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian saya di peringkat sarjana dengan mendalami cabang matematik gunaan yang lebih dalam. Pengalaman menuntut ilmu di luar negara bukan sahaja meluaskan pengetahuan saya, malah memberikan saya perspektif yang lebih luas tentang apa yang berlaku di luar kepompong kita.
Saya tamat pengajian di peringkat sarjana dari London School of Economics dengan membawa pulang Master’s of Science in Management Science (Operational Research).
Mendaki Lebih Tinggi
Setelah menamatkan pengajian di peringkat sarjana, saya menyambung pula pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti asal Australia yang mempunyai kampus di Malaysia. Bebekalkan pengetahuan dan kemahiran dari peringkat pengajian sebelumnya, saya menjalankan penyelidikan dalam aplikasi kepintaran buatan (AI) untuk sistem keselamtan telefon pintar. Saya berjaya menamatkan penyelidikan tersebut dan dianugerakan PhD in IT dari Monash University.
Thesis Penerbitan
From Passion To Profession

Saya kemudiannya menubuhkan Zynnex Technologies. Ia meruapakan sebuah penyedia solusi digital yang mengfokuskan kepada usahawan SME dalam proses mereka menmpersiapkan diri dalam mengharungi dunia digital yang kian pesat berkembang.
Hubungi Saya
Pernah Muncul Di…



